Tuesday 18 December 2012

KENDERAAN DI BAHU JALAN SINGA F 20/F

Pihak Pengurusan telah menulis surat kepada Bahagian Audit Dalam & Pengaduan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandangkan Jalan Singa F 20/F adalah di bawah seliaan MBSA. Pihak kami akan membuat susulan bagi mendapatkan status tindakan yang bakal atau telah diambil daripada pihak terlibat.

Thursday 6 December 2012

NOTICES


Good day.. let us recap some notices that have been published throughout this year. This is to ensure better understanding and necessary changes that have been made so far to improve Suri Puteri Shah Alam.









MANAGEMENT SURI PUTERI




Wednesday 5 December 2012

DOMESTIC RUBBISH AT BASEMENT 1, BLOCK A


Salam Sejahtera,

Kepada Suri Puterian, sila beri kerjasama untuk memastikan kebersian dan keharmonian Suri Puteri. Sikap sebegini tidak sepatutnya berkalaku di kalangan kita. Tong sampah yang disediakan di setiap basement hanyalah untuk sampah kecil. Di harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Sekian.





Tuesday 4 December 2012

LIFT OPERATION HOUR

Salam Sejahtera.. Bermula pada 15hb November, pihak pengurusan telah membuat perubahan kepada pengunaan lift. Langkah ini bertujuan untuk pengurangan penggunaan elektrik yang semakin meningkat dan juga mengurangkan geseran makanical (mechanical friction) alatan lift.

Ia juga bertujuan mengelakan penyalahgunaan lift oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawab yang mengangkut barang (pindah) atau sebagainya yang menyalahi House Rules tanpa kebenaran pihak pengurusan. Disamping itu juga mengelakankan vendalism yang di lakukan oleh pihak pihak yang telah dikenal pasti oleh pihak pengurusan.

Di harap para pengguna lift dapat bersabar dan memahami langkah langkah yang di perkenalkan oleh pihak pengurusan Suri Puteri

Sekian. Terima Kasih



Friday 9 November 2012

HARI RAMAH MESRA SURI PUTERI

Salam Sejahtera.. Persatuan Penduduk Suri Puteri bersama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri (JMB) telah menganjurkan Hari Ramah Mesra Residen Suri Puteri bertempat di Dewan Suri Puteri II pada 4 Nov 2012. Ia telah dihadiri oleh residen tidak kira samada pemilik ataupun penyewa Suri Puteri. Majlis juga turut dihadiri oleh YB. Puan Rodziah selaku ADUN Batu 3 Shah Alam.

Persatuan Penduduk juga telah mengadakan mesyuarat perlantikan AJK Persatuan Penduduk yang baru kerana sebahagian AJK terdahulu telah di pilih menyertai Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK terdahulu atas sumbangan mereka sebelum ini.

Di majlis yang sama juga telah berlangsung sessi penerangan dan juga soal jawab oleh Perbadanan Pengurusan Suri Puteri dan juga mengenai House Rules. Majlis yang berlangsung tamat dengan jamuan ringan yang di sediakan oleh Persatuan Penduduk Suri Puteri. Terima kasih kepada pihak yang terbabit untuk menjayakan majlis tersebut.


Sekian. Terima kasih


Di bawah ini di paparkan gambar yang dapat di rakamkan semasa majlis tersebut berlangsung.




Pengacara Hari Ramah Mesra Suri Puteri En Ismafazil


Sebahagian residen Suri Puteri yang hadir


Ucapan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Suri Puteri En. Sahairy Harun


Barisan Ahli Perbadanan Pengurusan Suri Puteri dan Persatuan Penduduk Suri Puteri


Tetamu Kehormat, YB Puan Rodziah selaku ADUN Batu Tiga Shah Alam.



Pengerusi Persatuan Penduduk Suri Puteri sedang mengiringi YB Rodziah untuk jamuan makan


Ahi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri menikmati juadah yang disediakan..



Antara juadah yang di sediakan.. mee sup.. mee kari ..



Pengerusi Persatuan Penduduk sedang memilih juadah..