Friday 9 November 2012

HARI RAMAH MESRA SURI PUTERI

Salam Sejahtera.. Persatuan Penduduk Suri Puteri bersama Perbadanan Pengurusan Suri Puteri (JMB) telah menganjurkan Hari Ramah Mesra Residen Suri Puteri bertempat di Dewan Suri Puteri II pada 4 Nov 2012. Ia telah dihadiri oleh residen tidak kira samada pemilik ataupun penyewa Suri Puteri. Majlis juga turut dihadiri oleh YB. Puan Rodziah selaku ADUN Batu 3 Shah Alam.

Persatuan Penduduk juga telah mengadakan mesyuarat perlantikan AJK Persatuan Penduduk yang baru kerana sebahagian AJK terdahulu telah di pilih menyertai Perbadanan Pengurusan Suri Puteri. Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK terdahulu atas sumbangan mereka sebelum ini.

Di majlis yang sama juga telah berlangsung sessi penerangan dan juga soal jawab oleh Perbadanan Pengurusan Suri Puteri dan juga mengenai House Rules. Majlis yang berlangsung tamat dengan jamuan ringan yang di sediakan oleh Persatuan Penduduk Suri Puteri. Terima kasih kepada pihak yang terbabit untuk menjayakan majlis tersebut.


Sekian. Terima kasih


Di bawah ini di paparkan gambar yang dapat di rakamkan semasa majlis tersebut berlangsung.




Pengacara Hari Ramah Mesra Suri Puteri En Ismafazil


Sebahagian residen Suri Puteri yang hadir


Ucapan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Suri Puteri En. Sahairy Harun


Barisan Ahli Perbadanan Pengurusan Suri Puteri dan Persatuan Penduduk Suri Puteri


Tetamu Kehormat, YB Puan Rodziah selaku ADUN Batu Tiga Shah Alam.



Pengerusi Persatuan Penduduk Suri Puteri sedang mengiringi YB Rodziah untuk jamuan makan


Ahi Perbadanan Pengurusan Suri Puteri menikmati juadah yang disediakan..



Antara juadah yang di sediakan.. mee sup.. mee kari ..



Pengerusi Persatuan Penduduk sedang memilih juadah..

No comments:

Post a Comment