Saturday 9 November 2013

PROGRAM `KNOW YOUR COMMUNITY (KYC)’ 2013



PROGRAM `KNOW YOUR COMMUNITY (KYC)’ 2013
Perhatian Kepada Semua Pemilik dan Residen,

Program di atas akan diadakan pada:

Tarikh      : 17 November 2013 (Ahad)
Masa       : 10.00pagi – 12.00 tengahari
Tempat      : Dewan Serbaguna,  Apartmen Servis Suri Puteri
                      Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, 40300 Shah Alam

 
       
Program KYC menyediakan platform bagi penceramah-penceramah jemputan memberi penerangan tentang pelbagai perkhidmatan langganan, pemahaman akta, adab kejiranan dan sebagainya kepada pemilik/residen SuriPuteri.

Taklimat kali ini menerangkan tentang perkhidmatan TM, insurans dan keselamatan.

Kehadiran tuan/puan pemilik dan residen amat dialu-alukan.

Sekian untuk makluman.

Terima Kasih.

PihakPengurusan

Wednesday 25 September 2013

PENUNDAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2013



PENUNDAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2013


Perhatian Kepada Semua Pemilik,

Mesyuarat agung tahunan kali ke-dua yang di-jadualkan pada 29 September 2013 di tunda untuk ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pihak pengurusan memohon maaf diatas segala kesulitan.

Sekian untuk makluman.






Terima Kasih
Pihak Pengurusan

Saturday 3 August 2013

Penutupan Pejabat Pengurusan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri



Kepada           : Semua Pemilik dan Penyewa
Tarikh            : 03.08.2013

Per: Penutupan Pejabat Pengurusan Sempena Sambutan Hari Raya  Aidilfitri

Ingin di maklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Bersama Suri Puteri akan di tutup untuk operasi seperti berikut :-

08.08.2013 (Khamis) – 11.08.2013 (Ahad)


Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 12.08.2013, jika ada berlaku sebarang kecemasan sila hubungi staff kami seperti di bawah :-

Pondok Pengawal Suri Puteri                      : 03-5542 5530
En. Zia – UlHaq (Pengurus Bangunan)      : 019 – 284 3905
En.Aru (Juruteknik)                                     : 016 - 3059328 
En.Eng (Pengurus M&E)                             : 016 – 2213918

Kami  juga ingin mengingatkan semua penduduk untuk mengambil langkah – langkah seperti di bawah sebelum balik ke Kampung untuk bercuti.


1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki atau pun dalamrak kasut di luar rumah.

3. Hentikan hantaran pesanan harian (suratkhabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna “timer”, alat kawalan waktu).

9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan atau pun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam petisurat,  jika ada.

12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

13.Sila pastikan semua peralatan Elektrik di tutup termasuk mencabut regulator gas sebelum meninggalkan rumah.

Di  Kesempatan ini Pihak Pengurusan dan Ahli- Ahli JMB Suri Puteri ingin mengucapkan

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

Wednesday 31 July 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2013

Perhatian Kepada Semua Pemilik,
Mesyuarat agung tahunan kali ke-dua dan bagi tahun 2013 adalah dijadualkan pada:


Tarikh      : 29 September 2013 (Ahad)
Masa       : 9.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat    : Dewan Serbaguna, Aras 2, Suri Puteri Servis Apartment
                  Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, 40300 Shah Alam



Agenda mesyuarat akan diumumkan kemudian.
Mohon kerjasama pemilik untuk melangsaikan sebarang tunggakan sehingga 30hb Ogos 2013, bagi kelayakan penyertaan dan pengundian ketika AGM berlangsung.
Sekian untuk makluman.


Terima Kasih.

Pihak Pengurusan

KETETAPAN PEMBAYARAN PENYELENGGARAAN SURI PUTERI

Perhatian Kepada Semua Pemilik/Residen,
1.        Tarikh akhir (cut-off) bagi penjelasan bayaran bulanan (contohnya Ogos) adalah 2 minggu pertama pada bulan tersebut (15 Ogos).
2.        Notis peringatan pertama akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh cut-off (1 Sept).
3.        Notis peringatan kedua akan diberi 14 hari selepas notis pertama (15 Sept).
4.        Nama pemilik yang gagal membayar akan dipapar di papan notis.
5.        Letter of Demand (LOD) daripada peguam akan dikeluarkan jika pemilik masih gagal membayar selepas 14 hari selepas notis kedua (1 Okt).
6.        Kos peguam mesti ditanggung oleh pemilik dan dibilkan sekali dengan bil bayaran pada bulan berikutnya.
7.        Pada masa yang sama, penggunaan kad akses, kemudahan gunasama dan air akan disekat (1 Okt).
8.        Pihak Suruhanjaya Bangunan (COB) berhak menyita unit 6 bulan daripada notis pertama dikeluarkan.
9.        Bagi lot kedai dan komersial yang gagal melunaskan bayaran, kaedah adalah memotong bekalan air dan pihak COB boleh menyita unit kedai/komersial berkenaan 6 bulan selepas notis pertama dikeluarkan (mengikut Akta 663).
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Share this article now on :

OPERASI KUNCIAN AIR DAN PENGGANTUNGAN KAD AKSES

Perhatian Kepada Semua Pemilik dan Residen,
Adalah dimaklumkan bahawa operasi pemotongan air dan penggantungan kad akses bagi kutipan tunggakan bil penyelenggaraan akan dijalankan mulai 19hb Ogos 2013.
Sila rujuk kepada Clause 4.7 House Rules -
“..The Management Office reserves the right to disconnect water supply to any high-rise and low-rise and/or bar the various access cards.”
Oleh yang demikian, mohon kerjasama pemilik/residen untuk melangsaikan penyelenggaran yang tertunggak sebelum tarikh akhir.
Sila rujuk pihak pengurusan atau telefon di talian 03-55488833 untuk mengetahui keadaan akaun unit anda untuk mengelakkan sebarang pemotongan di musim perayaan.
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.

Pihak Pengurusan