Wednesday 31 July 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2013

Perhatian Kepada Semua Pemilik,
Mesyuarat agung tahunan kali ke-dua dan bagi tahun 2013 adalah dijadualkan pada:


Tarikh      : 29 September 2013 (Ahad)
Masa       : 9.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat    : Dewan Serbaguna, Aras 2, Suri Puteri Servis Apartment
                  Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, 40300 Shah Alam



Agenda mesyuarat akan diumumkan kemudian.
Mohon kerjasama pemilik untuk melangsaikan sebarang tunggakan sehingga 30hb Ogos 2013, bagi kelayakan penyertaan dan pengundian ketika AGM berlangsung.
Sekian untuk makluman.


Terima Kasih.

Pihak Pengurusan

KETETAPAN PEMBAYARAN PENYELENGGARAAN SURI PUTERI

Perhatian Kepada Semua Pemilik/Residen,
1.        Tarikh akhir (cut-off) bagi penjelasan bayaran bulanan (contohnya Ogos) adalah 2 minggu pertama pada bulan tersebut (15 Ogos).
2.        Notis peringatan pertama akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh cut-off (1 Sept).
3.        Notis peringatan kedua akan diberi 14 hari selepas notis pertama (15 Sept).
4.        Nama pemilik yang gagal membayar akan dipapar di papan notis.
5.        Letter of Demand (LOD) daripada peguam akan dikeluarkan jika pemilik masih gagal membayar selepas 14 hari selepas notis kedua (1 Okt).
6.        Kos peguam mesti ditanggung oleh pemilik dan dibilkan sekali dengan bil bayaran pada bulan berikutnya.
7.        Pada masa yang sama, penggunaan kad akses, kemudahan gunasama dan air akan disekat (1 Okt).
8.        Pihak Suruhanjaya Bangunan (COB) berhak menyita unit 6 bulan daripada notis pertama dikeluarkan.
9.        Bagi lot kedai dan komersial yang gagal melunaskan bayaran, kaedah adalah memotong bekalan air dan pihak COB boleh menyita unit kedai/komersial berkenaan 6 bulan selepas notis pertama dikeluarkan (mengikut Akta 663).
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Share this article now on :

OPERASI KUNCIAN AIR DAN PENGGANTUNGAN KAD AKSES

Perhatian Kepada Semua Pemilik dan Residen,
Adalah dimaklumkan bahawa operasi pemotongan air dan penggantungan kad akses bagi kutipan tunggakan bil penyelenggaraan akan dijalankan mulai 19hb Ogos 2013.
Sila rujuk kepada Clause 4.7 House Rules -
“..The Management Office reserves the right to disconnect water supply to any high-rise and low-rise and/or bar the various access cards.”
Oleh yang demikian, mohon kerjasama pemilik/residen untuk melangsaikan penyelenggaran yang tertunggak sebelum tarikh akhir.
Sila rujuk pihak pengurusan atau telefon di talian 03-55488833 untuk mengetahui keadaan akaun unit anda untuk mengelakkan sebarang pemotongan di musim perayaan.
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.

Pihak Pengurusan