Wednesday 31 July 2013

KETETAPAN PEMBAYARAN PENYELENGGARAAN SURI PUTERI

Perhatian Kepada Semua Pemilik/Residen,
1.        Tarikh akhir (cut-off) bagi penjelasan bayaran bulanan (contohnya Ogos) adalah 2 minggu pertama pada bulan tersebut (15 Ogos).
2.        Notis peringatan pertama akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh cut-off (1 Sept).
3.        Notis peringatan kedua akan diberi 14 hari selepas notis pertama (15 Sept).
4.        Nama pemilik yang gagal membayar akan dipapar di papan notis.
5.        Letter of Demand (LOD) daripada peguam akan dikeluarkan jika pemilik masih gagal membayar selepas 14 hari selepas notis kedua (1 Okt).
6.        Kos peguam mesti ditanggung oleh pemilik dan dibilkan sekali dengan bil bayaran pada bulan berikutnya.
7.        Pada masa yang sama, penggunaan kad akses, kemudahan gunasama dan air akan disekat (1 Okt).
8.        Pihak Suruhanjaya Bangunan (COB) berhak menyita unit 6 bulan daripada notis pertama dikeluarkan.
9.        Bagi lot kedai dan komersial yang gagal melunaskan bayaran, kaedah adalah memotong bekalan air dan pihak COB boleh menyita unit kedai/komersial berkenaan 6 bulan selepas notis pertama dikeluarkan (mengikut Akta 663).
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Share this article now on :

No comments:

Post a Comment