Saturday 3 August 2013

Penutupan Pejabat Pengurusan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri



Kepada           : Semua Pemilik dan Penyewa
Tarikh            : 03.08.2013

Per: Penutupan Pejabat Pengurusan Sempena Sambutan Hari Raya  Aidilfitri

Ingin di maklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Bersama Suri Puteri akan di tutup untuk operasi seperti berikut :-

08.08.2013 (Khamis) – 11.08.2013 (Ahad)


Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 12.08.2013, jika ada berlaku sebarang kecemasan sila hubungi staff kami seperti di bawah :-

Pondok Pengawal Suri Puteri                      : 03-5542 5530
En. Zia – UlHaq (Pengurus Bangunan)      : 019 – 284 3905
En.Aru (Juruteknik)                                     : 016 - 3059328 
En.Eng (Pengurus M&E)                             : 016 – 2213918

Kami  juga ingin mengingatkan semua penduduk untuk mengambil langkah – langkah seperti di bawah sebelum balik ke Kampung untuk bercuti.


1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki atau pun dalamrak kasut di luar rumah.

3. Hentikan hantaran pesanan harian (suratkhabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna “timer”, alat kawalan waktu).

9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan atau pun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam petisurat,  jika ada.

12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

13.Sila pastikan semua peralatan Elektrik di tutup termasuk mencabut regulator gas sebelum meninggalkan rumah.

Di  Kesempatan ini Pihak Pengurusan dan Ahli- Ahli JMB Suri Puteri ingin mengucapkan

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

No comments:

Post a Comment