Thursday, 1 August 2013
Wednesday, 31 July 2013
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2013
Perhatian Kepada Semua Pemilik,
Mesyuarat agung tahunan kali ke-dua
dan bagi tahun 2013 adalah dijadualkan pada:
Tarikh :
29 September 2013 (Ahad)
Masa :
9.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna,
Aras 2, Suri Puteri Servis Apartment
Jalan Singa F 20/F, Seksyen 20, 40300 Shah
Alam
Agenda mesyuarat akan diumumkan
kemudian.
Mohon kerjasama pemilik untuk
melangsaikan sebarang tunggakan sehingga 30hb Ogos 2013, bagi kelayakan
penyertaan dan pengundian ketika AGM berlangsung.
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
KETETAPAN PEMBAYARAN PENYELENGGARAAN SURI PUTERI
Perhatian Kepada Semua Pemilik/Residen,
1. Tarikh
akhir (cut-off) bagi penjelasan
bayaran bulanan (contohnya Ogos) adalah 2 minggu pertama pada bulan tersebut
(15 Ogos).
2. Notis
peringatan pertama akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh cut-off (1 Sept).
3. Notis
peringatan kedua akan diberi 14 hari selepas notis pertama (15 Sept).
4. Nama
pemilik yang gagal membayar akan dipapar di papan notis.
5. Letter of Demand (LOD) daripada peguam
akan dikeluarkan jika pemilik masih gagal membayar selepas 14 hari selepas
notis kedua (1 Okt).
6. Kos
peguam mesti ditanggung oleh pemilik dan dibilkan sekali dengan bil bayaran
pada bulan berikutnya.
7. Pada
masa yang sama, penggunaan kad akses, kemudahan gunasama dan air akan disekat
(1 Okt).
8. Pihak
Suruhanjaya Bangunan (COB) berhak menyita unit 6 bulan daripada notis pertama
dikeluarkan.
9. Bagi
lot kedai dan komersial yang gagal melunaskan bayaran, kaedah adalah memotong
bekalan air dan pihak COB boleh menyita unit kedai/komersial berkenaan 6 bulan
selepas notis pertama dikeluarkan (mengikut Akta 663).
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Share this article now on :
OPERASI KUNCIAN AIR DAN PENGGANTUNGAN KAD AKSES
Perhatian Kepada Semua Pemilik dan Residen,
Adalah dimaklumkan bahawa operasi pemotongan
air dan penggantungan kad akses bagi kutipan tunggakan bil penyelenggaraan akan
dijalankan mulai 19hb Ogos 2013.
Sila rujuk kepada Clause 4.7 House
Rules -
“..The Management Office reserves the right to
disconnect water supply to any high-rise and low-rise and/or bar the various
access cards.”
Oleh yang demikian, mohon kerjasama
pemilik/residen untuk melangsaikan penyelenggaran yang tertunggak sebelum
tarikh akhir.
Sila rujuk pihak pengurusan atau
telefon di talian 03-55488833 untuk mengetahui keadaan akaun unit anda untuk
mengelakkan sebarang pemotongan di musim perayaan.
Sekian untuk makluman.
Terima Kasih.
Pihak Pengurusan
Tuesday, 18 December 2012
KENDERAAN DI BAHU JALAN SINGA F 20/F
Pihak Pengurusan telah menulis surat kepada Bahagian Audit Dalam & Pengaduan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandangkan Jalan Singa F 20/F adalah di bawah seliaan MBSA. Pihak kami akan membuat susulan bagi mendapatkan status tindakan yang bakal atau telah diambil daripada pihak terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

